X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu tidak akan tunggu UMNO untuk hadapi PRU15

Abdul Rashid
A
A

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menunggu UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, parti itu akan meneruskan kerja-kerja mereka bersama dengan Pas untuk persiapan pilihan raya berkenaan.

“Kita tak boleh tunggu mereka. Kita harus teruskan kerja kita dengan Pas. Sebab anda kena ingat, Muafakat Nasional (MN) tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Perikatan Nasional (PN) didaftarkan di RoS dan telah diluluskan. PN adalah sebuah parti yang sah dari segi undang-undang. Dalam PN ada Bersatu, Pas dan parti lain dari Sabah dan Sarawak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, parti itu juga telah memulakan perbincangan dengan Pas mengenai pengagihan kerusi dalam PRU15 nanti.

“Sudah mula pun. Tapi kita tak mendedahkan dengan sesiapa. Ini untuk pengetahuan kita sahaja,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru pada PRU15 membabitkan PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin. Tapi tak tahulah UMNO dekat mana. UMNO sekarang ini di tengah-tengah. Kalau dia dengan PH, dua penjuru. Kalau dia dengan kita pun, dua penjuru. Tapi kalau UMNO nak bersendirian, jadi tiga penjuru," katanya.

Menurutnya, Bersatu juga akan meneruskan kerja-kerja bagi memulihkan ekonomi, membela rakyat dan meneruskan usaha-usaha pembangunan Islam.

“Kita juga akan teruskan kerja-kerja untuk menangani Covid-19,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!