Bangunan TNB Tanah Merah terbakar

Keadaan dalam bangunan TNB Tanah Merah selepas terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
Keadaan dalam bangunan TNB Tanah Merah selepas terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
A
A
A

TANAH MERAH - Bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Tanah Merah terbakar hampir 25 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Komander Operasi Bilik Gerakan Banjir Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nurul Alfisyahrin Mohd Zaki berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.57 pagi dan tiba seminit kemudiannya di lokasi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah digerakkan termasuk dan enam dari BBP Machang, selain bantuan daripada lima Pegawai Bomba Sukarela Taman Barakah.

Keadaan luar bangunan TNB Tanah Merah yang terbakar awal pagi Jumaat. - FOTO: IHSAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
Keadaan luar bangunan TNB Tanah Merah yang terbakar awal pagi Jumaat. - FOTO: IHSAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan

"Setibanya di lokasi memang kita dapati ada asap keluar dari arah tingkat 1 bangunan tersebut dan anggota kami bertindak mencari punca api dan membuat pengudaraan untuk mengeluarkan asap.

"Api yang kemudiannya marak berjaya dikawal pada jam 11.01 pagi. Buat masa ini kemusnahan akibat kebakaran itu melibatkan 25 peratus dari keseluruhan bangunan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: