Tiket percuma yeop!

Kesebelasan Perak minggu lalu. Foto: Perak FA
Kesebelasan Perak minggu lalu. Foto: Perak FA
A
A
A

IPOH - Penyokong bola sepak Perak berpeluang menonton aksi Unifi Liga Super 2019 antara Perak dan Kedah di Stadium Perak secara percuma esok.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan tular di laman-laman sosial hari ini.

Pada pengumuman berkenaan, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berharap penyokong Perak hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada skuad The Bos Gaurus.

“Malam esok akan berlangsung satu perlawanan hebat antara Perak menentang Kedah. Bagi pihak Pafa saya menjemput semua penyokong pasukan Perak, juara Piala Malaysia 2017 untuk datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kita.

“Kemasukan adalah percuma. Cuma dapatkan tiket di luar stadium dan marilah kita bersama keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan,” katanya.

Perlawanan berdepan skuad Lang Merah itu adalah aksi kedua Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini setelah tewas 0-1 kepada JDT pada Liga Super yang juga aksi Piala Sumbangsih minggu lalu.

Berita berhubung pemberian tiket percuma berkenaan mula tular di laman sosial petang tadi.

Berita tular berkenaan turut menyebutkan, tiket akan dijual esok muai 9 pagi dan setiap penyokong dibenarkan membeli tiket sebanyak tiga keping seorang.

Artikel Berkaitan: