Agar isteriku kekal berhijab: Fadzil Zahari

YANA DAN FADZIL. Foto: INSTAGRAM
YANA DAN FADZIL. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

ADIK kepada aktor Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, 36, menerusi akaun Instagramnya berkongsi doa agar isterinya, Yana Samsudin, terus beristiqamah mengenakan hijab.

Doa itu di kongsikan Fadzil pada ruangan kapsyen gambarnya bersama Yana, 35 dan anak mereka, Aisy Mateen, 3 tahun.

“Ya ALLAH, Ya Tuhanku teruskan Istiqomah dalam diri kami. Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apapun cabaran menimpa. Walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini. Amin”, tulisnya.

Rata-rata peminat tersentuh dan turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan mengharapkan Yana sentiasa mengekalkan imej bertudungnya itu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan pada tahun yang sama juga Yana telah mengenakan hijab.

Artikel Berkaitan: