X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket edar dadah tumpas dalam dua serbuan

Dadah jenis heroin yang berjaya dirampas menerusi dua serbuan di Seri Alam pada Ahad.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM338,953 menerusi dua serbuan di sekitar Seri Alam, pada Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Johor.

Katanya, dalam serbuan itu, dua suspek iaitu anggota sindiket terdiri daripada dua lelaki tempatan berumur lingkungan 31 hingga 38 tahun berjaya ditangkap.

"Polis percaya sindiket bergerak aktif sejak Mei tahun ini dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Johor.

"Antara yang berjaya dirampas ialah dadah jenis heroin seberat 13.77 kilogram (kg) bernilai RM 153,178, sebuah Toyota Vellfire, sebuah BMW, sebuah Proton Wira, sebuah motorsikal, wang tunai RM 11, 113 dan seutas barang kemas bernilai RM 9,600," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ayob Khan, hasil ujian air kencing kedua-dua suspek adalah positif dan salah seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

"Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 21 Disember bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 ( B) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!