PSM sahkan letak calon

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan akan meletakkan calon bagi merebut kerusi Dun Semenyih menjelang PRK Semenyih, awal Mac nanti.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan berkata, parti itu akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan berlangsung pada 16 Februari 2019.

"Kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Pusat PSM yang bermesyuarat buat kali kedua pada 3 Februari 2019 lalu telah mengambil keputusan sebulat suara untuk bertanding dalam PRK Semenyih.

"Keputusan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 26 Januari 2019 dan keputusan mesyuarat Cawangan PSM Semenyih pada 24 Januari 2019," katanya menerusi satu kenyataan.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Bakhtiar menewaskan Datuk Johan Abdul Aziz dari BN dan dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim dari Pas dan S Arutchelvan mewakili PSM.

ARTIKEL BERKAITAN :Bersatu letak calon muda di Dun Semenyih?

ARTIKEL BERKAITAN :Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sivarajan berkata, keputusan meletakkan calon di Semenyih dibuat setelah mengambil kira beberapa perkara seperti faktor sejarah, kerusi tradisi, jentera PSM di Semenyih, pandangan ahli dan penyokong-penyokong parti.

"Selain itu faktor kewibawaan calon yang menepati syarat parti dan suasana politik tanahair yang mahukan suara ketiga yang menepati kehausan kehendak rakyat juga menjadi antara sebab PSM akan bertanding.

"PSM dengan ini mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan tenaga sukarela untuk memantapkan lagi jentera parti (menjelang PRK Dun Semenyih)," katanya.