Kepimpinan tertinggi PKR lawat Azmin

Beberapa pimpinan tertinggi PKR menziarahi Azmin selepas selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.
Beberapa pimpinan tertinggi PKR menziarahi Azmin selepas selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi PKR hadir melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediamannya selepas beliau menjalani pembedahan baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi ciapan terkini di laman Twitter beliau hari ini.

Menurut Amirudin, antara pemimpin yang hadir untuk melawat Mohamed Azmin adalah Presiden PKR bersama isteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, serta Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Saya ditemani isteri bersama Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Shamsul Iskandar menziarahi Datuk Seri Azmin Ali di rumah beliau kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Saya mendoakan agar beliau sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dr Siti Hasmah lawat Azmin selesai jalani pembedahan

Agong berkenan ziarah Azmin di hospital

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi Azmin di sebuah hospital selepas beliau menjalani pembedahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain baginda, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut berkesempatan untuk meluangkan masa melawat Timbalan Presiden PKR tersebut.