Etno Sains ajak semua pencinta khazanah Melayu bersatu

Baharudin menandatangani plug perasmian Pejabat Urusan Etno Sains Negeri Kelantan di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.
Baharudin menandatangani plug perasmian Pejabat Urusan Etno Sains Negeri Kelantan di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Etno-Sains Perubatan Melayu dan Komplementari (Etno Sains) Malaysia mengajak perawat Melayu dan komplementari serta penggiat warisan bersatu memartabatkan kembali khazanah masyarakat Melayu

Pengasas Pertubuhan Etno Sains, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, pertubuhan itu memandang serius setiap penglibatan mahu aktiviti ahlinya supaya tidak terpesong daripada pegangan agama selain sentiasa membawa manfaat kepada masyarakat.

“Sebab itulah kita mengajak dan menyeru semua pencinta warisan Melayu daripada pelbagai kemahiran berada di bawah satu bumbung diiktiraf.

“Kita menjadi kuat dan akhirnya masyarakat mendapat kebaikannya termasuk dari segi ekonomi serta ilmu agama,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu beliau merasmikan Pejabat Urusan Etno Sains Negeri Kelantan terletak di Taman Bendahara Pengkalan Chepa dan menyampaikan sumbangan beras serta wang tunai kepada 77 penerima.

Baharudin (empat, kiri) mengiringi Supyan ketika menyerahkan bantuan kepada keluarga terpilih di sini.
Baharudin (empat, kiri) mengiringi Supyan ketika menyerahkan bantuan kepada keluarga terpilih di sini.

Majlis turut dihadiri Presidennya Profesor Dr Supyan Hussin dan Pengerusi Etno Sains Kelantan, Datuk Mohd Adam Mat Yashim.

Dalam perkembangan sama, Baharudin berkata, bagi memperluaskan manfaat pertubuhan itu pihaknya mensasarkan untuk mengumpulkan keahlian seramai 200,000 orang dalam tempoh dua tahun.

Artikel Berkaitan:

Baharudin berkata, Etno Sains ditubuhkan Jun lalu dengan keahlian 5,000 orang termasuk pengamal perubatan Melayu dan pelbagai kemahiran lain termasuk persilatan dan bidang pembuatan.

Sementara itu, menyentuh mengenai program kebajikan, Baharudin berkata, selepas Terengganu dan Kelantan pihaknya akan ke Brunei, Melaka, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan untuk menyampaikan sumbangan makanan serta wang tunai kepada asnaf terpilih.

“Tumpuan bukan sahaja kepada memartabatkan kembali khazanah Melayu tetapi pertubuhan juga bergerak seiringan dengan aktiviti kebajikan membantu meringankan mereka yang memerlukan,” katanya.