Sepakan penalti keputusan meragukan

Kekasaran yang didakwa dilakukan di luar kawasan penalti Brighton
Kekasaran yang didakwa dilakukan di luar kawasan penalti Brighton
A
A
A

PENGENDALI Brighton, Graham Potter menyifatkan keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti kepada Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Falmer, awal pagi tadi sebagai satu keputusan yang meragukan.

Menurut Potter, terjahan yang dilakukan pemain pertahanannya terhadap penyerang Southampton pada minit ke-45 itu, dikesan berlaku di luar kotak penalti.

Justeru katanya, keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pelawat awal pagi tadi nyata mengejutkannya.

“Bagi saya, kedudukan pemain ketika kekasaran itu berlaku tidak jelas dan bagi saya kekasaran pertama berlaku di luar kotak penalti.

“Namun ketika ini yang menjadi perbincangan adakah kekasaran kedua berlaku dalam kotak penalti pula?

“Apa pun, kami tetap menerima keputusan ini. Namun keputusan seperti ini adalah sesuatu yang mengejutkan,” katanya.

Brighton membuka jaringan menerusi Pascal Grob yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum Jannick Vestergaard menyamakan kedudukan pada minit ke-45 sebelum Danny Ings menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 untuk pelawat membawa pulang tiga mata berharga.

Kekalahan itu menyaksikan Brighton berada pada kedudukan ke-16 EPL dengan 10 mata hasil dua kemenangan, seri empat kali dan tewas lima kali berbanding Southampton yang berada pada kedudukan kelima dengan 20 mata hasil enam kemenangan, dua seri dan tewas tiga kali setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pengendali Southampton Ralph Hasenhutt berkata, pihaknya gembira dengan kemenangan berkenaan dan mendapati kesemua pemain telah berusaha memberikan aksi terbaik masing-masing biarpun beraksi di atas permukaan padang yang agak licin.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain dilihat masih mampu berkasi dengan baik di sepanjang perlawanan berkenaan.

“Kami tidak rasa kami telah beraksi dengan baik, tetapi kami berjaya menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan kami.

“Oleh itu, kami akan terus mencuba dengan keadaan semua pemain dilaporkan cergas untuk beraksi kelak,” katanya.