Jangan balas dendam: Ahmad Faizal

Ahmad Faizal pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Sekolah Persendirian Cina SUWA Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Faizal pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Sekolah Persendirian Cina SUWA Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan semua pemimpin parti agar tidak membalas dendam atas apa juga keadaan yang berlaku di Perak.

Menurutnya, situasi di setiap negeri adalah berbeza dan tidak wajar bagi negeri yang sedang berjalan dengan baik diganggu sehingga menimbulkan konflik pentadbiran.

"Dalam politik kita jangan dendam-dendam kerana saya kira apa juga perkara berlaku ia boleh diselesaikan.

"Saya memahami semua orang dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku dan masing-masing berhak menyampaikan perasaan.

"Cuma saya beri nasihat agar kekal tenang dan bersabar, di Perak kita cuba selesaikan masalah ini dengan baik dan di negeri-negeri lain yang sedang elok berjalan, janganlah kita ganggu-gugat," katanya pada sidang media di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian bahawa Bersatu boleh membalas dendam terhadap UMNO di Johor dengan mengemukakan usul undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

Bekas Menteri Besar Johor dari Bersatu itu mencadangkan demikian berikutan Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya pada Sidang DUN Perak, semalam.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Faizal berkata, adalah perkara biasa apabila menteri besar dari kalangan parti komponen disingkirkan, situasi itu mendapat reaksi yang pelbagai di tempat lain termasuklah Johor.

"Bagaimanapun, saya mohon agar semua perjalanan pentadbiran di negeri-negeri lain khususnya Persekutuan dapat berjalan dengan baik," katanya.

Terdahulu, ADUN Chenderiang itu mengumumkan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak sekali gus kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak gugur secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Akui terasa hati, tapi harap PN Perak tak pecah'

Tumpuan pada Sultan Nazrin tentukan masa depan kerajaan Perak