X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya susah hati Belanjawan Perak tidak dapat dibentang'

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini meluahkan rasa terkilan tidak dapat membentangkan Belanjawan Perak 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Menurutnya, beliau sendiri berasa susah hati apabila belanjawan negeri itu tak dapat dibentangkan.

"Banyak berita-berita baik seperti untuk penjawat awam mereka ternanti-nanti.

"Pagi ini saya pergi joging berjumpa rakan-rakan penjawat awam mereka kata sedih kerana saya tak sempat bentangkan dan luluskan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan kepada SUWA di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam.

Semalam, Ahmad Faizal disingkirkan sebagai Menteri Besar Perak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas usul undi percaya terhadap beliau ditolak 48 ADUN.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Sultan Perak terima menghadap tiga pemimpin PH

Pemimpin BN tidak gembira perkembangan di Perak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!