Eko-pelancongan Kampung Paya Lebar
30 November 2020 11:21pm
Masa membaca: 4 minit
Ahli Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Chapter menyelusuri Sungai Paya Lebar dengan menaiki river cruise yang merupakan salah satu produk eko-pelancongan di Kampung Paya Lebar pada Program Jom Terokai Alor Gajah Bersama MATTA Melaka Chapter di Pusat Eko-Pelancongan Kampung Paya Lebar hari ini.
Kaki pancing sedang memancing udang galah di sepanjang Sungai Paya Lebar yang menjadi laluan river cruise pada Program Jom Terokai Alor Gajah Bersama Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Chapter di Pusat Eko-Pelancongan Kampung Paya Lebar hari ini.
MATTA Melaka Chapter memberi fokus mempromosi dan menjual produk eko-pelancongan di negeri itu sebagai usaha alternatif mengharungi pandemik COVID-19.