Buat laporan polis tindakan terdesak

Mohd Fakaaruddin Ismail
Mohd Fakaaruddin Ismail
A
A
A

MACHANG - Tindakan beberapa anggota parti Bersatu Langkawi membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi didakwa tindakan terdesak parti tersebut.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, tindakan melaporkan Program Bossku yang diadakan di kawasan Pantai Cenang, semalam dengan alasan mendatangkan kekacauan umum dilihat tidak masuk akal.

Katanya, Kerajaan PH dilihat semakin terdesak dengan membuat laporan polis tersebut seolah-olah cuba membatalkan program tersebut sekali gus menyekat sokongan rakyat kepada Najib.

"Alasan program swafoto dan jalan-jalan boleh mendatangkan kekacauan umum kepada penduduk di kawasan itu merupakan alasan tidak masuk akal daripada parti yang memerintah negara.

"Bagi saya, mereka sebenarnya bimbang kalau-kalau Ahli Parlimen Pekan tersebut berkongsi fakta-fakta tentang kegagalan Kerajaan PH setelah diberi mandat sejak PRU14 lalu yang mana boleh menggugat sokongan rakyat kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: