RM100j bangun semula sekolah daif di Sarawak

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM100 juta tahun ini bagi pembangunan semula 32 buah sekolah di negeri Sarawak.

KPM dalam kenyataannya hari ini berkata, “penyaluran peruntukan itu bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah daif yang sedang dilaksanakan.”

Kementerian itu juga memperuntukkan sebanyak RM25.7 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf 135 buah sekolah (termasuk sekolah daif) yang melibatkan kerosakan struktur dan pembaikan kecil.

KPM berkata, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik komited untuk menangani sekolah-sekolah daif di Sarawak dan di negeri-negeri lain di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: