80 peratus pengusaha bas sekolah mungkin gulung tikar

Pengusaha bas sekolah bakal berdepan kerugian besar berikutan kerajaan menutup sesi persekolahan.- Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Rofik Mohd Yusof)
Pengusaha bas sekolah bakal berdepan kerugian besar berikutan kerajaan menutup sesi persekolahan.- Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Rofik Mohd Yusof)
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) menjangkakan kira-kira 80 peratus pengusaha bas sekolah di seluruh negara gulung tikar pada tahun hadapan.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, ia susulan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

“Ikut jangkaan saya, industri pengusaha bas sekolah akan jadi lebih sukar pada tahun hadapan. Kira-kira 80 peratus akan ‘gulung tikar’.

“Sebelum ini pun kita sudah nampak kesan apabila sekolah ditutup sementara kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai yang mula merungut kerana pelajar tidak lagi menaiki naik bas ke sekolah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai pengusaha bas tidak dapat bayaran penuh, sedangkan mengikut perjanjian setiap bulan ibu bapa perlu membuat bayaran tambang seperti biasa.

Katanya, rata-rata pengusaha mengalami kemerosotan pendapatan sebanyak 60 hingga 70 peratus kerana kebanyakan ibu bapa hanya membuat bayaran selepas dua hingga tiga bulan.

“Pengusaha bas sekolah juga ada anak-anak yang perlu ditanggung. Jadi, sudah tentu mereka fikir kenapa mahu meneruskan perkhidmatan yang tidak lagi boleh jana pendapatan.

“Lagipun ada dalam kalangan mereka yang masih belum habis membayar ansuran beli bas. Nampaknya bukan sahaja industri pengusaha bas sekolah, malah industri pengangkutan juga akan terjejas teruk,” katanya.

Artikel Berkaitan: