Penunggang maut rempuh belakang treler

Keadaan kemalangan melibatkan motosikal dan treler di lokasi kejadian.
Keadaan kemalangan melibatkan motosikal dan treler di lokasi kejadian.
A
A
A
RAWANG - Seorang lelaki berusia sekitar 20-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga merempuh bahagian belakang sebuah treler di laluan kecemasan dalam satu kejadian jam 11.50 malam tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di KM23, Lebuhraya Gutrie berhampiran Plaza Tol Lagong menuju Plaza Tol Rawang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15zr itu merupakan seorang operator Plaza Tol Gutrie dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Ekoran rempuhan itu, Shafa'aton berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Artikel Berkaitan: