X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air 35 jam di sekitar Kuantan

Gambar hiasan.
A
A

KUANTAN - Beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan mengalami gangguan bekalan air selama 35 jam susulan kerja-kerja penyelenggaraan paip Mild Steel yang pecah berhampiran Kiah Kee Ikan Masin di Batu Sembilan, Jalan Gambang di sini sejak semalam.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan berkata, penyelenggaraan paip bersaiz 1,300 milimeter Mild Steel sudah bermula 11 pagi semalam dan dijangka siap sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi ini.

"Gangguan air akan berlaku di kawasan Jalan Kuantan Bypass termasuk Permatang Badak, Kampung Pandan, Seluruh Perkampungan Sg Isap, Taman Bukit Rangin, Kampung Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

"Jalan Kuantan-Gambang meliputi kawasan Taman Sepakat; Tanah Putih, Kampung Razali Batu tiga, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas), Kampung Air Hitam, Sri Damai, Jaya Gading, Taman Guru, Kg Teluk Mahang, Taman Tas, Taman Tas Ria, Kampug Lubuk Puyu dan kawasan sekitarnya," katanya.

Menurutnya, selain itu, gangguan bekalan air turut melibatkan kawasan di Inderapura, seluruh Perkampungan Indera Sempurna, Kampung Seri Melati, Kampung Batu Putih, Kg Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang, Tamam Berjaya Permai, Kampung Sepat, Kampung Pak Mahat, Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Peramu,Anak Air,Sungai Belat, Air Hitam,Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh serta kawasan berhampiran.

"Ia membabitkan 30,550 pemegang akuan yang terjejas dan sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!