X

Kindly register in order to view this article
!

Gempa kuat gegar Turki dan Greece

Beberapa bangunan yang musnah selepas gempa kuat menggegar wilayah Izmir hari ini. - Foto Agensi
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala 120 lagi cedera apabila gempa kuat menggegar Laut Aegean di pantai barat Turki dan beberapa bahagian di Greece hari ini.

Media tempatan turut mengesahkan gegaran berkekuatan 7.0 magnitud mencetuskan gelombang tsunami berskala kecil di Seferihisar dan menyebabkan enam struktur runtuh.

Kebanyakan penduduk di bandar Izmir turut melarikan diri ke jalan utama sejurus gempa itu berlaku.

Imej dikongsi di media sosial juga menunjukkan aliran air di beberapa jalan utama dicetuskan daripada kenaikan gelombang laut akibat daripada gegaran tersebut.

"Beberapa mangsa dipercayai turut terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut," kata Menteri Alam Sekitar, Murat Kurum dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) merekodkan gegaran itu pada 6.6 magnitud, namun data diperoleh Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendakwa gempa itu berukuran 7.0 skala Richter dan gegarannya dirasai di sepanjang pantai Aegean dan wilayah barat laut Marmara.

Menurut USGS, pusat gempa tersebut terletak kira-kira 33.5 kilometer di luar pantai Turki pada kedalaman 10 kilometer.

Sementara itu, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan tiada laporan kemusnahan dilaporkan di bandar terbabit walaupun kebanyakan penduduk merasai gegaran kuat tersebut.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu dan rakan sejawatannya di Greece, Nikos Dendias juga sepakat untuk membantu antara satu sama lain walaupun kedua-duanya terlibat pertikaian berhubung hak sumber tenaga di timur Mediterranean. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!