Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 31 Oktober hingga 6 November ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.64, RM1.94 dan RM1.74 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu, hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: