Nahas empat kenderaan, penunggang maut

No Image Caption
A
A
A
SELAYANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran stesen Petron di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa dikenali Rahim Rahmat, 46, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah dipercayai bahagian kepala dalam kejadian jam 7.36 pagi itu.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dari Kuala Lumpur menghala Rawang itu bergesel dengan sebuah Suzuki Swift di hadapannya yang memperlahankan kenderaan secara mengejut.

"Pada masa sama datang sebuah Proton Saga dipandu wanita berusia 26 tahun dari arah belakangnya gagal untuk mengelak lalu terlanggar bahagian motosikal mangsa menyebabka mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan.

"Kejadian menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan di laluan bertentangan dan dilanggar pemandu Nissan Teana dari arah Rawang," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: