MPSJ buka permohonan bazar Ramadan dalam talian

Noraini (kiri) melihat senarai tapak bazar beroperasi di bawah kawasan MPSJ.
Noraini (kiri) melihat senarai tapak bazar beroperasi di bawah kawasan MPSJ.
A
A
A
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor membuka permohonan permit bazar Ramadan dalam talian bagi tahun ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, permohonan dibuka bermula hari ini sehingga 17 Februari depan.

Menurutnya, semua urusan permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian termasuk pendaftaran, pemilihan dan muat naik dokumen sokongan serta proses pembayaran.

"Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar sebagai pengguna my@mpsj.gov.my di laman sesawang www.mpsj.gov.my dan memastikan tiada tunggakan kompaun bagi melancarkan proses permohonan permit," katanya.

Jelasnya, MPSJ menyediakan terminal komputer (hub online MPSJ) bersama bantuan pegawai di bangunan MPSJ bagi membantu pemohon membuat pendaftaran.

Noraini berkata, sebanyak 17 lokasi bazar Ramadan merangkumi 1, 420 petak niaga disediakan oleh MPSJ.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas sebanyak 15 lokasi dengan 1375 petak niaga.

"Pengurusan Bazar Ramadan MPSJ akan diuruskan dan diselia sepenuhnya oleh Jabatan Pelesenan MPSJ," katanya.

Beliau berharap, permohonan dalam talian lebih memudahkan dan mengingatkan peniaga untuk membuat permohonan lebih awal sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak MPSJ tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan permohonan dan sebarang keputusan pemilihan peniaga adalah muktamad.

"Tindakan penguatkuasaan akan di ambil kepada mereka yang didapati menganjurkan sebarang aktiviti perniagaan bazar Ramadan tanpa kelulusan MPSJ," katanya.