Asyraf Wajdi bidas lantikan Yadim

Senarai lantikan pemegang amanah Yadim.
Senarai lantikan pemegang amanah Yadim.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas lantikan baru Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang dikuasai pemegang jawatan dari PKR, Amanah, Bersatu dan DAP.

Beliau turut mempersoalkan janji PH yang mengatakan tiada lagi lantikan politik dalam agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau yayasan berkaitan kerajaan jika PH memerintah.

“Hampir semua lantikan baru ahli lembaga pemegang amanah Yadim terdiri daripada penjawat-penjawat jawatan parti dari kalangan Amanah, PPBM, PKR dan DAP.

“Boleh lihat perbandingan dengan waktu zaman BN dulu, hanya seorang sahaja yang terlibat aktif dengan politik, itu pun atas kapasiti Menteri Agama Sabah.

“Mereka yang lain merupakan tokoh akademik, mufti, agamawan dan bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Malah, Asyraf Wajdi secara menyindir mendakwa mungkin itulah acuan baharu ‘Rahmatan Lil Alamin’ acuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Semalam, Mujahid menegaskan pelantikan Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yadim tidak seharusnya menjadi pertikaian.

Menurut Mujahid, Sheikh Omar dilantik berdasarkan merit dan kelayakannya dalam bidang agama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Yadim sebelum ini sudah membuat pelantikan awal, namun masih terdapat satu kekosongan yang perlu diisi.