Isu dua jambatan runtuh di Benut dapat perhatian Exco

Sahruddin melihat jambatan runtuh di Kampung Sepah Beruang.
Sahruddin melihat jambatan runtuh di Kampung Sepah Beruang.
A
A
A

PONTIAN - Pembinaan dua jambatan baharu di Benut bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh sejak dua tahun lalu masih tergendala mendapat perhatian Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

Dua jambatan tersebut ialah jambatan Kampung Sepah Beruang dan Kampung Parit Markom.

Menerusi perkongsian Facebook yang dimuat naik, Dr Sahruddin memaklumkan beliau telah melihat sendiri projek berkenaan dengan berkunjung sendiri ke lokasi jambatan runtuh di Kampung Sepah Beruang.

Beliau seterusnya memberi jaminan akan memastikan rakyat dapat menggunakan jambatan itu semula dengan memastikan isu jambatan dapat diselesaikan.

“Saya telah meminta pihak berkaitan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, ICU bagi mengkaji dan meneliti semula peruntukan projek ini seberapa segera dan segala masalah ini akan diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan peruntukan yang telah sedia ada,” katanya.

Artikel Berkaitan: