X

Kindly register in order to view this article
!

Isteri orang, duda dicekup bersekedudukan

Duda dan isteri orang ditahan berkhalwat dalam sebuah rumah di Padang Terap awal pagi tadi.
A
A

KULIM - Seorang wanita berstatus isteri orang ditahan bersekedudukan bersama seorang duda di sebuah rumah di Padang Serai awal pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azwan Azman berkata, ketika diperiksa, wanita berusia 34 tahun itu bersembunyi di sebalik pintu bilik dengan memakai baju-T labuh sehingga paras paha, manakala pasangannya berusia 51 tahun hanya berkain pelekat.

Semakan status wanita berusia 34 tahun itu didapati isteri orang dan lelaki berusia 51 tahun tersebut berstatus duda.
Semakan status wanita berusia 34 tahun itu didapati isteri orang dan lelaki berusia 51 tahun tersebut berstatus duda.

Menurutnya, wanita terbabit yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pulau Pinang, masih berstatus isteri orang, manakala pasangannya bekerja sebagai pemandu van kilang berstatus duda.

"Pemeriksaan lanjut ke dalam sebuah bilik lagi di rumah yang sama menjumpai seorang remaja lelaki berstatus kurang upaya dipercayai anak kepada duda terbabit," katanya.

Menurutnya, serbuan dijalankan hasil aduan awam yang mendakwa wanita terbabit sering berulang-alik ke rumah lelaki berkenaan.

Siasatan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.