JPJ Kelantan kesan pemandu bas ingkar bayar saman

Mohd Apandi (dua, kanan) bersama pasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap pengangkutan awam itu.
Mohd Apandi (dua, kanan) bersama pasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap pengangkutan awam itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan 25 pemandu bas daripada lima syarikat yang ingkar menjelaskan saman membabitkan pelbagai kesalahan pada Ops Sisih menjelang musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah JPJ negeri, Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Apandi Jusoh berkata, operasi pra perayaan bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna pengangkutan awam itu dijalankan di kesemua depot dan bengkel-bengkel syarikat bermula 22 Januari hingga esok.

“Pada operasi tersebut, kesemua 25 pemandu bas berusia antara 30 dan 50 tahun tersebut dicari kerana melakukan kesalahan lampau yang melibatkan pemanduan melebihi had kelajuan yang dibenarkan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau tanpa alat bebas tangan.

“Selain pemandu, pengusaha pun dipanggil sama untuk membantu siasatan dan menyelesaikan kompaun atas kesalahan yang dilakukan selepas gagal hadir serta tidak mematuhi notis yang dikeluarkan untuk panggilan siasatan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, pada operasi sama pihaknya melalui kejuruteraan JPJ turut melaksanakan pemeriksaan keselamatan dan teknikal seperti pemeriksaan brek, cermin retak, tayar, badan dan struktur bas bagi memastikan bas berkenaan selamat membawa pengguna.

Artikel Berkaitan: