Tiga maut dalam kebakaran besar di California

Kebakaran besar melanda Butte County, California, Amerika Syarikat (AS) sejak tiga minggu lalu. - Foto hiasan 123RF
Kebakaran besar melanda Butte County, California, Amerika Syarikat (AS) sejak tiga minggu lalu. - Foto hiasan 123RF
A
A
A

LOS ANGELES - Tiga orang terbunuh disebabkan kebakaran besar yang melanda Butte County, California, Amerika Syarikat (AS).

Menurut agensi berita Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Rabu, Syerif Butte County, Kory Honea, memaklumkan mayat mangsa ditemukan di beberapa lokasi berbeza.

Menurut laporan media, satu daripada mayat mangsa ditemui di dalam sebuah kereta.

Kebakaran sejak lebih tiga minggu di California Utara itu memaksa ribuan orang meninggalkan kediaman masing-masing dan turut mengancam bangunan lain yang terdapat di lokasi kejadian.

Ketua bomba, Jake Cagle berkata, petugas lebih menumpukan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kerosakan harta benda. - Bernama

Artikel Berkaitan: