Drama perpindahan berakhir, Messi kembali berlatih

Messi memandu ke tempat latihan di Kompleks Ciutat Esportiva Joan Gamper.
Messi memandu ke tempat latihan di Kompleks Ciutat Esportiva Joan Gamper.
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi akhirnya kembali berlatih selepas drama perpindahan penyerang kelahiran Argentina itu berakhir.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Messi dilihat hadir ke tempat latihan di Kompleks Ciutat Esportiva Joan Gamper menaiki kenderaan peribadinya dan sempat melambai kepada jurukamera yang menunggu di kompleks tersebut.

Selain Messi, beberapa pemain lain turut datang berlatih termasuk pemain yang dikaitkan dengan Juventus, Luis Suarez selain Philippe Coutinho, serta Carles Alena.

"Messi masih berlatih berasingan daripada rakan-rakannya yang lain. Begitu juga Coutinho, yang belum berlatih bersama selepas pulang daripada tempoh pinjamannya dari kelab Jerman, Bayern Munich," kata laporan itu.

Terdahulu, dunia bola sepak kecoh selepas Messi dilaporkan mahu meninggalkan kelab Catalan itu dengan mengaktifkan klausa perpindahan baru-baru ini.

Kegagalan kelab untuk meraih sebarang trofi musim lalu selain masalah dalaman membabitkannya dengan pengurusan Barcelona menjadi punca utama dia mahu meninggalkan pasukan yang sudah diwakilinya hampir 20 tahun.

Bagaimanapun, hasratnya terhalang memandangkan klausa yang cuba diaktifkannya itu hanya boleh digunapakai sebelum pertengahan Jun atau kelab yang berminat untuk mendapatkannya perlu membayar 700 juta euro (RM3.4 bilion).

Perkara itu menjadi perdebatan antara Barcelona dan Messi yang akhirnya menyaksikan pemenang enam kali ballon d'or itu memilih untuk bertahan di Barcelona sehingga kontraknya berakhir tahun depan.

Artikel Berkaitan: