Ranhill SAJ hantar 10 lori tangki air bantu Selangor
Iklan
10 lori tangki air akan dihantar ke Selangor malam ini bagi membantu Air Selangor mengagih bekalan air bersih ke kawasan terjejas di negeri itu. Gambar kecil: Nor Ifuan
JOHOR BAHRU - Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) hari ini menghantar 10 lori tangki air bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagih bekalan air bersih ke kawasan yang memerlukan di negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata, bantuan air terbabit akan dihantar bermula lewat malam ini.
Iklan
Iklan
"Ranhill SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan air ke kawasan yang terjejas.
"Ini merupakan satu tanggungjawab sosial dan persefahaman yang dilakukan sesama operator bekalan air di seluruh negara.
Iklan
"Semoga usaha yang dilaksanakan ini mampu membantu pihak Air Selangor dalam menangani masalah bekalan air tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu.
Iklan
Ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas disebabkan berlaku pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong.
ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air
Bekalan air di Lembah Klang 51.6 peratus pulih
Sementara itu, Nor Ifuan berkata, sejak 31 Ogos lalu Ranhill SAJ sudah pun menghantar bantuan sebanyak empat lori tangki air kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (Air Kelantan).
Jelas beliau, tujuannya bagi menangani krisis gangguan bekalan air ekoran kerja kecemasan pembaikan paip air mentah bersaiz 1,100 mm yang pecah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>