Ceballos kekal pemain pinjaman Arsenal

Iklan
Ceballos

PEMAIN tengah Sepanyol, Dani Ceballos akan terus dipinjamkan ke Arsenal bagi musim keduanya selepas mendapat 'lampu hijau' daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

"Dani menjadi antara tonggak penting buat pasukan ini musim lalu dan dia berjaya menamatkan musim itu dengan prestasi baik. Saya puji semangat dan komitmen Dani kerana dia seorang pemain yang berdisiplin.

Iklan
Iklan

"Kami gembira untuk menyambut kepulangannya sekali lagi dan saya amat teruja untuk melihat dia meneruskan apa yang sudah dimulakannya sebelum ini," kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

Biarpun dipalit masalah kecederaan paha musim lalu, Ceballos masih mampu memberi impak kepada Arsenal apabila melakukan 37 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Iklan

Dia turut menjaringkan dua gol buat The Gunners dengan salah satunya ketika meledak gol kemenangan lewat permainan ke atas Sheffield United dalam aksi suku akhir Piala FA.

Ceballos yang menyertai Real daripada Real Betis pada 2017 berada dalam kesebelasan utama Arsenal pada aksi separuh akhir menentang Manchester City dan final Piala FA bertemu Chelsea yang menyaksikan Arsenal muncul juara bulan lalu.

Iklan