382 menara komunikasi baharu dirancang dibina di Sabah
Iklan
Saifuddin (lima dari kanan) bersama wakil NGO yang menerima agihan Jalur Gemilang sempena Majlis Aspirasi Merdeka IM Malaysia di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan hari ini.
KUANTAN - Sebanyak 382 menara komunikasi baharu dirancang dibina di Sabah dalam usaha mengoptimumkan capaian jalur lebar dan perkhidmatan 4G di negeri itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa sama, 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di negeri itu akan dinaik taraf.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 251,166 premis bakal disediakan rangkaian gentian optik bagi meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar lebih meluas.
"Itu antara langkah yang akan dilaksanakan dan kerajaan juga akan memastikan capaian internet di negeri itu ditambah baik sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan pada 26 September ini.
Iklan
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun membuat persiapan termasuk dalam aspek capaian internet di sana.
"Kita akui capaian internet di sana (Sabah) tidak sebaik tempat-tempat lain di Semenanjung dan ia perlu dibaiki serta dinaik taraf segera kerana pada pilihan raya ini tentu banyak aktiviti kempen menggunakan media sosial," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Aspirasi Merdeka IM Malaysia di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota di sini hari ini.
Saifuddin berkata, sebagaimana pelan tindakan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu minggu lepas, pelaksanaan pelan tindakan itu akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara termasuk di Sabah.
"Bagaimanapun tidak semua tempat capaian internet dapat dinaik taraf dalam masa terdekat kerana program Jendela ini dilaksanakan mengikut fasa bermula hujung tahun ini dan pertengahan tahun depan.
"Tapi di setengah tempat di Sabah ini ia mungkin boleh disegerakan untuk pastikan rangkaian internet lebih baik seperti yang dilaksanakan pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, sebelum ini," katanya.
Saifuddin berkata, beliau akan berada di negeri itu esok bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf capaian internet dan persiapan pusat-pusat media bersempena PRN Sabah.
Beliau berkata, setakat ini belum dapat dipastikan bilangan pusat media yang akan dibuka pada PRN itu.
"Sabah ini luas dan biasanya pusat media akan dibuka mengikut kawasan atau zon tertentu.
"Semuanya akan saya tahu bila saya ke sana nanti namun yang pasti ada pusat media di Kota Kinabalu," katanya.
Beliau berkata, tinjauan persiapan pusat media itu bagi memastikan semua petugas media termasuk yang datang dari Semenanjung dan luar negara dapat menjalankan tugas dengan lebih mudah dan selesa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>