PERSIAPAN penyandang juara Ligue 1, Paris-Saint Germain (PSG) bagi mengharungi musim baharu terus terjejas apabila tiga lagi tonggak gergasi Perancis itu melibatkan tiga pemain Mauro Icardi, Marquinhos dan Keylor Navas disahkan positif Covid-19.
Menurut L'Equipe, Marquinhos mengalami gejala seperti selesema selama dua hari manakala Icardi, 27, pergi ke Ibiza Sepanyol bersama rakan sepasukan Neymar, Di Maria, Paredes dan Marco Verratti.