Atlas Vending cipta rekod Malaysia
Iklan
Dari kiri: Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Book Of Records, Jwan Heah; Ketua Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Atlas Vending Malaysia, Amy Gan; Pengurus Besar Atlas Vending Kuala Lumpur, Mohd Syafiq Aiman Abdullah dan Pengurus Besar Etika Vending Malaysia, Suwinder Singh ketika penyerahan sijil Malaysia Book Of Records baru-baru ini.
ATLAS Vending Malaysia Sdn Bhd berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila diiktiraf sebagai pengendali mesin makanan dan minuman terbesar di Malaysia dan Singapura.
Buat masa ini, syarikat berkenaan mempunyai lebih 10,000 mesin di dua negara berkenaan yang turut menyasarkan Malaysia sebagai destinasi peruncitan terbesar selepas ini.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Advend Group of Companies, Santharuban Thurai Sundaram berkata, sebagai peneraju perkhidmatan minuman di negara ini, pihaknya berhasrat mengembangkan lagi perniagaan dengan tidak hanya menumpukan kepada mesin layan diri.
"Visi kami adalah untuk menjadi operator peruncitan terbesar di seluruh rantau Asia. Oleh itu, pasukan kami akan terus membuat kajian bagi melihat pergerakan pasaran, membuat analisis bagi mengembangkan teknologi sedia ada serta meneruskan kajian pasaran bagi mencapai sasaran ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Dalam pada itu, Sundaram berkata, pihaknya percaya kejayaan diraih Atlas Vending itu hanya permulaan.
Ujarnya, banyak lagi usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan Malaysia menjadi salah satu destinasi peruncitan terbesar di dunia.
Iklan
"Pasaran mesin layan diri semakin berkembang dengan pelbagai kemudahan teknologi diguna pakai termasuk transaksi automatik, mudah dan selamat.
"Matlamat kami ialah memenuhi permintaan pengguna dengan menggunakan strategi teknologi sebagai nilai tambah dalam kehidupan mereka,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>