10 lelaki ditangkap belasah remaja guna sepanar

Iklan

SHAH ALAM - Seramai 10 lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes remaja dipukul sekumpulan lelaki bersepana di Pantai Kelanang, Banting, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan di sekitar daerah Kuala Langat pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Kesemua suspek direman sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham," katanya dalam sidang media selepas Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 di SEERS Berhad, U5 Shah Alam di sini hari ini.

Noor Azam (dua dari kanan) melancarkan Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 di SEERS Berhad, di U5 Shah Alam, di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengarah SEERS Berhad, Datuk Ken Foo Kwok Hsing serta pegawai-pegawai kanan Polis Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja diserang kumpulan lelaki bersepana

Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal bersama rakannya ke Pantai Kelanang tiba-tiba dihalang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dan berlaku pertengkaran mulut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.