Projek rundingan terus: Zuraida sedia kemuka bukti
Iklan
Zuraida Kamaruddin
KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersedia mengemukakan surat berkaitan projek-projek kementerian itu yang diluluskan secara rundingan terus di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, surat berkaitan telah dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak berkenaan, sekiranya ada siasatan lanjut mengenainya.
Iklan
Iklan
"... saya tidak mahu panjangkan perkara ini kepada media, jadi jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sesiapa saja hendak siasat, saya tidak ada masalah dan sudah bersedia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia Berhad (KOBOPEM) di Dewan Serbaguna Kompleks Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Cheras hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua projek rundingan terus KPKT melalui Guan Eng
Iklan
Projek rundingan terus PH hanya RM352 juta, kata Guan Eng
Pada persidangan Dewan Rakyat 24 Ogos lepas, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sepanjang pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan, ia telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Iklan
Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa pentadbiran PH, menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang pemberian projek secara rundingan terus dan menyatakan dua projek KPKT yang diluluskan secara rundingan terus dibuat di luar pengetahuannya.
Sabtu lepas, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencabar Zuraida agar mendedahkan surat berkaitan satu daripada dua projek KPKT yang diluluskan secara rundingan terus ketika pemerintahan PH.
Guan Eng mendakwa, Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (PSPTB) bernilai RM170.3 juta itu dimohon sendiri oleh KPKT kepada Kementerian Kewangan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>