Kewangan negara terkawal meski belanja lebih untuk tangani Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal meskipun kerajaan berbelanja lebih untuk menangani kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi negara.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, rangsangan ekonomi di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang bernilai RM295 bilion, termasuk suntikan fiskal sebanyak RM45 bilion telah membantu memacu ekonomi negara selepas mengalami penguncupan.