Mati terbaring tepi jalan
Iklan
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian berhampiran Taman Sentosa, Sitiawan semalam.
MANJUNG - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran Taman Sentosa, Sitiawan di sini semalam.
Laporan penemuan mangsa berusia 40-an lengkap berpakaian itu diterima daripada anggota kereta peronda polis (MPV) sekitar jam 6.30 petang.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan dari Hospital Seri Manjung dipanggil untuk membuat
pemeriksaan.
Iklan
"Lelaki itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kematian mangsa disyaki akibat serangan jantung dan mayat disahkan juga bukan dikategorikan sebagai pesakit koronavirus (Covid-19)," katanya.
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
"Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang"><meta itemprop="description" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang
Penduduk Kampung Bawong, Sungai Siput dilanda kebimbangan dan trauma susulan kejadian seorang lelaki maut diserang harimau ketika mencari hasil hutan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tok Batin Orang Asli Kampung Bawong, Jeffridi Abas berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan sepanjang hampir 13 tahun beliau memegang jawatan sebagai ketua masyarakat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805370/edisi/perak/insiden-serangan-harimau-penduduk-takut-gesa-tindakan-segera-elak-kejadian-berulang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesseranganharimau #SungaiSiput"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T02:00:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby6sty"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby6sty"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby6sty"></script>