Pembelian hartanah dijangka pulih
Iklan
Kadar faedah yang rendah dan pelaksanaan semula Kempen Pemilihan Rumah pada Jun 2020 dijangka meningkatkan pembelian hartanah di Malaysia.
PARAMOUNT Corporation Bhd kekal yakin dengan prospek sektor hartanah di pasaran pesat membangun, terutamanya di Malaysia pada separuh kedua 2020 walaupun wujud ketidaktentuan akibat krisis koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Jeffrey Chew Sun Teong berkata, kadar pembelian hartanah dijangka pulih pada separuh kedua 2020 susulan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Iklan
Iklan
"Pasaran pekerjaan kita amat stabil jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan itu bagi perkhidmatan awam.
"Kita juga mempunyai beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bagi mereka adalah sukar untuk memberhentikan pekerja kerana kerajaan mahu melindungi pekerjaan,” katanya pada sesi taklimat media mengenai prestasi kewangan separuh pertama 2020 syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.
Iklan
Beliau berkata, selain pasaran pekerjaan, Malaysia juga memiliki kekuatan lain untuk menyokong pemulihan ekonomi dalam melangkah ke hadapan, termasuk statusnya sebagai negara berasaskan komoditi.
"Harga minyak mentah global juga sedang stabil dan ia dicatatkan sebelum tempoh pemulihan penuh Perintah Kawalan Pergerakan PKP).
Iklan
"Apabila keadaan kembali seperti lazim sepenuhnya, harga minyak mentah akan terus meningkat. Ini baik untuk Malaysia memandangkan kita merupakan antara pengeluar minyak mentah,” katanya.
Selain itu, Jeffrey berkata, persekitaran kadar faedah rendah, ditambah dengan pelaksanaan semula Kempen Pemilihan Rumah pada Jun 2020 dijangka meningkatkan pembelian hartanah.
Setakat 30 Jun, 2020, jualan belum dibilkan Paramount bernilai RM873 juta dengan beberapa projek yang masih dijalankan dan dijadualkan siap tahun ini, termasuk Suasana di Utropolis Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Urbano di Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Ia juga dijadual melancarkan lima projek hartanah baharu pada separuh kedua 2020, kebanyakannya dalam suku ketiga, dengan anggaran nilai keseluruhan RM640 juta, iaitu di Sepang, Klang dan Shah Alam di Selangor, Cyberjaya serta Sungai Petani di Kedah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>