Messi dibenci di Barcelona

Iklan
Messi

RAKAN sepasukan Lionel Messi di Barcelona dilaporkan tidak menyebelahi pemain Argentina itu dalam spekulasi perpindahan yang sedang diperkatakan ketika ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, hanya dua pemain Barcelona yang mengeluarkan komen mempertahankan Messi manakala pemain lain hanya mendiamkan diri sekali gus menimbulkan kemungkinan pemain kelab Catalan itu membencinya.

Iklan
Iklan

"Hanya Luis Suarez dan Arturo Vidal yang mempertahankan Messi. Pemain lain tidak mengeluarkan sebarang komen dan menunjukkan ada sesuatu yang berlaku dalam kem pasukan itu.

"Pemain yang sentiasa vokal dalam pasukan seperti Gerard Pique juga tidak bersuara walaupun diketahui hubungan rapat pemain itu dengan Messi.

Iklan

"Apabila keadaan ini berlaku,ia menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa Messi dalam diam tidak disukai pemain lain kerana sepanjang kariernya menjadi anak emas di kelab tersebut," kata laporan itu.

Terdahulu, Messi dilaporkan mahu berpindah dari kelab itu pada jendela perpindahan akan datang dengan beberapa pasukan dilapor sedia mendapatkan khidmat pemain terbaik dunia itu.

Iklan

Namun, keinginan Messi itu mungkin terhalang dengan pasukan yang berminat perlu menebus kontrak pemain itu dengan nilai €700 juta (RM3.4 bilion).

Dalam pada itu, Manchester City dilaporkan mendahului senarai pasukan yang mahu menebus kontrak dan akan membayar gaji yang tinggi kepada Messi.

"Bagaimanapun, pengendali City, Pep Guardiola dikatakan menasihati Messi untuk terus kekal di Barcelona sehingga kontraknya tamat tahun depan sebelum berpindah ke City.

"Ia kerana City tidak dapat menyediakan wang sebesar €700 juta untuk mendapatkannya apatah lagi baru sahaja terlepas daripada hukuman Financial Fair Play (FFP) baru-baru ini. Pasukan Inggeris itu tidak mahu perkara tersebut berulang lagi," kata laporan itu.