PM Jepun umum letak jawatan

Iklan
Shinzo Abe - Foto sumber internet

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media pada Jumaat, disebabkan masalah kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Abe berkata, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.

Iklan
Iklan

Beliau berkata,"Saya akan menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang". - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PM Jepun Abe dijangka letak jawatan