Pembangkang bantah Rais jadi Presiden Dewan Negara
Iklan
SHAH ALAM - Barisan senator dari parti pembangkang membantah cadangan untuk melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Presiden Dewan Negara.
Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan bersama dikeluarkan Senator Yusmadi Yusoff (PKR), Senator Aiman Athirah Al Jundi (Amanah); Senator Datuk Wira Marzuki Yahya (Pejuang); Senator Liew Chin Tong (DAP); Senator Datuk Theodore Douglas Lind (Warisan) dan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO).