PATI warga Indonesia sembunyi di kebun pisang ditahan
Iklan
TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 11 pendatang haram termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang menyusup masuk ke daerah ini melalui perairan Tawau dan bersembunyi di sebuah kebun pisang di Kampung Tawau Lama di sini pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, lapan lelaki, dua wanita dan kanak-kanak itu yang berumur antara dua hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan Ops Gelora Khas pada 5.30 pagi.