Perolehan pendapatan Petron merosot akibat Covid-19

Iklan
Petron catat kerugian kasar sebanyak RM68 juta.

PETRON Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengakhiri suku kedua (S2) tahun kewangan 2020 (TK2020) dengan hasil sebanyak RM1 bilion, turut RM3 bilion berbanding suku sama pada tahun lalu.

PMRMB menjelaskan, kemerosotan hasil itu disebabkan oleh penularan koronavirus (Covid-19) dan harga minyak dunia yang tidak menentu.

Iklan
Iklan

"Jumlah jualan sebanyak enam juta tong pada S2 tahun ini lebih rendah berbanding 9.2 juta tong pada suku sama tahun lalu akibat permintaan bahan bakar yang rendah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas.

"Selain itu, lebihan permintaan yang rendah hingga menyebabkan minyak mentah Dated Brent jatuh ke paras terendah pada AS$19 (RM79) setong pada April juga menjadi faktor penyumbang kepada kemerosotan jualan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Susulan itu, PMRMB menjelaskan, syarikat berkenaan mencatatkan kerugian kasar sebanyak RM68 juta dalam tempoh tersebut iaitu penarikbalikan keuntungan kasar RM134 juta pada tahun lalu.

"Jumlah ini telah dikurangkan dengan langkah rasionalisasi kos yang berterusan di mana perbelanjaan operasi menurun sebanyak 21 peratus atau RM14 juta.

Iklan

"Penjimatan ini, bersama dengan pemulihan dalam jumlah jualan dan harga pada bulan Jun membantu mengurangkan kerugian bersih syarikat pada suku kedua kepada RM69 juta daripada kerugian RM84 juta pada suku pertama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, prestasi syarikat sedikit meningkat selepas kerajaan melonggarkan PKP bermula Jun lepas.

Sementara itu, Pengerusi PMRMB, Ramon S Ang berkata, pihaknya akan terus memberi fokus untuk memulihkan syarikat kesan ekonomi Covid-19 dan menyusun semula strategi untuk mengukuhkan kedudukan jenama itu di pasaran.

"Meskipun persekitaran yang mencabar, kami akan terus berkhidmat kepada pelanggan kami serta melindungi keselamatan pekerja dan komuniti kami.

"Kami komited untuk terus mencari peluang bagi menyumbang kepada negara kita dengan menyalurkan bantuan kepada barisan hadapan dan individu yang kurang bernasib baik ketika keadaan yang sukar ini,” katanya.