Yuran semester kedua universiti dikurangkan
Iklan
Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama dan perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi meringankan beban kewangan pelajar serta ibu bapa akibat penularan wabak Covid-19.
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama dan perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi meringankan beban kewangan pelajar serta ibu bapa akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata, kadar tersebut dicapai hasil rundingan pihak kementerian dan Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan serta universiti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk pelajar warganegara itu melibatkan peruntukan sebanyak RM72 juta.
"Seramai 523,318 pelajar universiti awam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada keputusan ini.
Iklan
"Pengurangan yuran ini adalah tambahan kepada bantuan lain yang telah diberikan kepada pelajar sebelum ini.
"Antaranya bantuan secara one-of sebanyak RM200, penyediaan makanan di kampus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penghantaran pulang dan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Iklan
Beliau menjawab soalan lisan Datuk Azizah Datuk Seri Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai status yuran pengajian semester institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta inisiatif berkaitan sistem pembelajaran dalam talian.
Mengulas lanjut Mansor berkata, IPTS turut mempertimbangkan mengenai yuran pelajar namun universiti terbabit diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Akta 777).
Menurutnya, semasa krisis pandemik Covid-19, IPTS amat terkesan akibat penutupan dan ketiadaan pelajar terutamanya pelajar antarabangsa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>