Isteri mangsa mahu hukuman berat ke atas Brenton Tarrant

Iklan
Brenton Tarrant ketika berada di sebuah mahkamah di Christchurch pada pagi semalam. - Foto AFP

CHRISTCHURCH - Seorang wanita, Ambreen Naeem yang suaminya ditembak mati oleh seorang lelaki berkulit putih, Brenton Tarrant pada tahun lalu di New Zeland dalam serangan di sebuah masjid merayu supaya hukuman dijatuhkan ke atas penembak itu melibatkan tempoh yang lama.

"Ia merupakan satu kerosakan yang tidak dapat ditebus, itulah sebab hukuman ke atasnya sepatutnya berterusan buat selama-lamanya," katanya di sebuah mahkamah di Christchurch.

Iklan
Iklan

Suami dan anak Ambreen meninggal dunia dalam serangan yang dilakukan oleh Tarrant itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penembak bunuh 51 umat Islam tidak tunjuk sebarang emosi

Pengakuannya itu dibuat di tengah-tengah emosi dalam kalangan komuniti Muslim New Zealand yang berhadapan dengan lelaki tersebut di mahkamah.

Iklan

Tarrant, 29, seorang warga Australia mengaku salah terhadap 51 tuduhan pembunuhan, 40 percubaan membunuh dan satu dakwaan keganasan berhubung perbuatannya melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac tahun lalu.

Dia dijangka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di New Zealand.

Iklan

Tidak ada reaksi ditunjukkan oleh Tarrant apabila Noraini Milne yang seorang anak lelakinya, Sayyad terbunuh dalam kejadian itu dan berkata:"Bagi saya, kamu sudah pun mati. Apa juga hukuman yang kamu akan terima di dunia ini tidak pernah akan setimpal (dengan perbuatannya)."

Lebih 60 orang akan memberikan keterangan sebelum dia yang tidak diwakili mana-mana peguam dibenarkan bercakap di mahkamah.

Hakim Cameron Mander dijangka menjatuhkan hukuman ke atasnya pada Khamis ini. - AFP