Mohd Sharim angkat sumpah ADUN Chini
Iklan
Mohd Shahrim mengangkat sumpah jawatan itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah jawatan itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Mohd Shahrim, 41, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad di Wisma Sri Pahang, sewaktu permulaan prosiding dan menandatangani surat sumpah jawatan itu.
Iklan
Iklan
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini 4 Julai lalu, Mohd Sharim menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh 13,872 undi.
Pencabarnya dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi, sekali gus hilang deposit masing-masing.
Iklan
PRK Chini diadakan susulan kematian Allahyarham, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas, 7 Mei lalu.
Mohd Sharim berkata, beliau akan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya kepada masyarakat di Chini.
Iklan
Sementara itu, Ishak berharap Mohd Sharim dapat berkhidmat dengan jujur dan cemerlang.
"Terus berkhidmat kepada warga di Chini dengan sebaiknya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-24T05:22:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cp_Mc1gOlRFMlSVYG/x1080"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaroome"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaroome"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaroome"></script>