Imam masjid tuntut ilmu perakaunan

Iklan
Usia emas bukan penghalang bagi Mustafa untuk terus menuntut ilmu demi tugas dan kesejahteraan masyarakat.

MACHANG - Usia emas bukan alasan untuk berehat semata-mata, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Dengan hasrat tersebut, Imam Masjid Mukim Tengah, Panyit, Mustafa Hamat, 78 tetap komited mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Iklan
Iklan

Biarpun mengakui agak pening melihat angka-angka dan cara pengurusan akaun tersebut namun dia gembira dapat memahami dan mengikuti program itu dengan jayanya.

"Rasanya pak cik antara yang paling tua mengikuti kursus ini namun bagi pak cik, ini adalah satu tanggungjawab dan cabaran kepada orang-orang muda bahawa tiada batas dalam menuntut ilmu.

Iklan
Iklan

"Biarpun agak susah dan 'memeningkan', namun dengan menggunakan kaedah perakaunan yang betul ini, pengurusan kewangan masjid menjadi lebih mudah dan lebih penting memanfaatkan orang ramai melalui pengurusan yang sistematik," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pengurusan Kewangan Masjid, di Dewan Profesional UiTM Machang, di sini.