Hutang UK melebihi RM10.9 trilion

Iklan
Sebahagian pinjaman itu digunakan untuk membantu perniagaan di UK yang terjejas akibat pandemik Covid-19. - Foto Agensi

LONDON - Hutang kerajaan United Kingdom (UK) sudah melebihi 2 trilion Pound (RM10.9 trilion) buat pertama kali berikutan pinjaman negara secara besar-besaran hingga mendorong ekonomi negara itu ke dalam kemelesetan, menurut data rasmi kelmarin.

Sehingga akhir Julai lalu, jumlah hutang terkumpul mencecah angka tersebut yang bersamaan lebih 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar atau total output ekonomi buat pertama kali sejak 1961.

Iklan
Iklan

Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) mendapati hutang UK telah meningkat kepada 227.6 bilion Pound (RM1.2 trilion) berbanding pada Julai 2019.

"Krisis pandemik itu telah menyebabkan kewangan negara ini berada di bawah tekanan berikutan langkah yang diambil untuk menyokong jutaan kerja, perniagaan dan kehidupan rakyat. Tanpa sokongan kerajaan, keadaan akan menjadi lebih teruk,” kata Menteri Kewangan, Rishi Sunak.

Iklan

Menurut ONS, pinjaman bersih antara April dan akhir Julai dianggarkan mencecah 150.5 bilion Pound (RM823 bilion).

Awal minggu lalu, syarikat teknologi gergasi Apple menjadi firma pertama di Amerika Syarikat memperoleh penilaian pasaran yang menyaksikan peningkatan berjumlah AS$2 trilion (RM8.3 trilion) sekali gus dilihat sebagai pemenang utama dalam ekonomi baharu pasca Covid-19. - AFP

Iklan