Bersatu, Umno putuskan agihan kerusi dalam masa terdekat
Iklan
Hajiji Noor
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta semua parti di bawah Perikatan Nasional (PN) untuk memutuskan agihan kerusi dan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Perbincangan juga diadakan dengan pemimpin UMNO Sabah untuk merangka strategi bagi merampas semula kerajaan negeri pada PRN bulan depan.
Iklan
Iklan
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, pihaknya tiada masalah dengan parti, malah sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan kepimpinan UMNO Sabah untuk berbincang mengenai PRN.
"Kita (Bersatu) tiada masalah, kita sentiasa bekerjasama dengan UMNO dan parti lain kerana yang penting bagi kita adalah untuk mencapai kemenangan.
Iklan
"Bagaimanapun, saya berharap parti rakan supaya mengambil pendekatan bijak, baik dan memuaskan hati rakyat untuk kita capai kemenangan pada pilihan raya ini,” katanya seperti dilaporkan Sabah Post.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Bersatu Sabah boleh bekerjasama dengan UMNO untuk berdepan parti lawan pada PRN kali ini.
Iklan
Hajiji yang juga Ketua Bersatu Tuaran berkata, pihaknya turut berunding soal pembahagian kerusi.
"Sebelum penamaan calon kita akan tahu. Bersatu ada pendekatan menang-menang, kita tidak boleh ambil semua kerana kita fikir juga kepentingan parti lain.
"Sebenarnya saya sudah jumpa Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Kita guna segala kebijaksanaan dan fikir yang terbaik untuk pilihan raya,” katanya.
Katanya, isu penggunaan bendera dan lambang parti juga masih dirunding sama ada menggunakan satu lambang dan bendera mewakili semua parti di bawah PN atau sebaliknya.
"Mengenai soal autonomi, Bersatu Sabah diberi kepercayaan untuk menentukan sendiri calon dan tempat untuk bertanding pada PRN nanti,” katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com