Premis judi degil dipotong elektrik
Iklan
Noorzainy memerhati kakitangan TNB memotong bekalan elektrik di salah sebuah premis dalam operasi petang semalam.
KEPALA BATAS - Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di 10 premis yang menjalankan kegiatan judi ekor haram dan judi online di sekitar kawasan Butterworth dan Mak Mandin petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bermula jam 2 petang membabitkan lima premis di Butterworth dan lima di Mak Mandin yang menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua premis tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi pemilik dan penjaga premis masih berdegil. Mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini tanpa menghiraukan tindakan yang telah diambil.
"Oleh itu, kita melaksanakan pemotongan bekalan elektrik di semua premis itu bagi mengelakkan mereka terus menjalankan kegiatan haram tersebut," katanya kepada media selepas operasi semalam.
Iklan
Noorzainy berkata, operasi itu dilaksanakan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sementara itu, dalam operasi berasingan, polis menyerbu enam premis yang menjalankan kegiatan judi loteri awam haram dan judi online di beberapa lokasi berbeza di daerah SPU, semalam.
Iklan
Noorzainy berkata, Ops Dadu itu turut menahan tujuh individu berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun selain merampas peralatan menjalankan judi dan wang tunai berjumlah RM1,595.
"Dua daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1 ) (c) akta sama," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sanggup belanja puluhan ribu ubah suai motosikal, akhirnya disita JPJ"><meta itemprop="description" content="Demi kepuasan hobi dan mahu menonjol dalam kalangan rakan serta pengguna jalan raya lain, ada pemilik motosikal sanggup membelanjakan wang sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka secara ekstrem.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #JPJ #ubahsuaimotosikal"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T05:35:54.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P124S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby7xui"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby7xui"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby7xui"></script>