KAKP kukuh dalam pasaran
Iklan
KAKP turut mendapat sokongan daripada PNS untuk memajukan perniagaannya.
PENGUSAHA pisang goreng berjenama KAKP: The Original Pisang Cheese, Nur Maryam Global Sdn Bhd menyasarkan untuk menambahkan 12 cawangan baharu menjelang akhir 2021.
Pengasasnya, Fizlee Hafiz,35, berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai kerana pisang goreng KAKP pelbagai perisa mendapat mendapat sambutan yang memberangsangkan terutamanya di sembilan cawangannya di sekitar Lembah Klang dan Melaka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penambahan cawangan baharu itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia pisang goreng berperisa keju dan coklat, berperisa salted caramel, matcha, oren dan sambal kicap dalam pasaran tempatan.
"12 cawangan baharu ang dirancang ini akan dibuka di sekitar Lembah Klang. Kami menjangkakan modalnya RM80,000 sehingga RM100,000 bagi sebuah cawangan bergantung kepada keluasan lokasi."Kami mahu membuka cawangan baharu berikutan sambutan yang memberangsangkan di sembilan cawangan sedia ada di Ampang, Kelana Jaya, Shah Alam, Setia Alam di Selangor; Wangsa Maju dan Selayang di Kuala Lumpur dan Ayer Keroh di Melaka,” katanya kepada Bisnes Harian.
Iklan
Fizlee berkata, KAKP sentiasa mendapat sokongan dan dibantu pelbagai pihak terutamanya, Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk terus mengembangkan perniagaannya.
"Berbekalkan sokongan PNS, saya merancang untuk membuka tiga lagi outlet komersial tahun ini dan nilai sasaran jualan keseluruhan berjumlah RM1 juta.
Iklan
"Selain jualan sehingga RM2 juta menerusi pembukaan sembilan lagi outlet tahun depan, saya juga bercadang menjadikannya sebagai produk sejuk beku untuk dipasarkan ke luar negara,” kata pemegang Ijazah Psikologi dari UCSI University, Kuala Lumpur itu.
Katanya, KAKP juga merancang untuk menerokai perniagaan francais pada tahun 2022 dan melahirkan sekurang-kurangnya empat usahawan dalam setahun.
Mengimbas kembali penglibatannya dalam perniagaan pisang goreng, Fizlee berkata, segalanya bermula pada 2013 dengan niat mahu menambah pendapatan.
Modal RM30
Jelasnya, dengan modal RM30 beliau memulakan perniagaannya itu dengan menjual pisang goreng keju.
"Pada ketika itu, saya hanya berniaga di hadapan rumah di Subang Jaya, Selangor. Walaupun keuntungan yang diperoleh tidak besar mana namun ia memberikan kepuasan kepada saya."Saya dapat idea menjual menjual pisang goreng kerana mempunyai pengalaman berniaga pisang goreng di Sabah,” katanya. Selepas sebulan berniaga, Fizlee berkata, beliau mengambil keputusan untuk berpindah lokasi kerana perniagaan diusahakan itu memerlukan ruang yang lebih besar berikutan sambutan diterima memberangsangkan."Saya kemudiannya berniaga di Kelana Jaya, Selangor sambil memperkenalkan sekali perkhidmatan penghantaran di kawasan kejiranan tersebut.
"Di sana sambutan diterima menggalakkan sehingga jualannya mampu menyumbang antara 30 hingga 40 peratus pendapatan saya,” katanya.
Fizlee berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai persepsi negatif berkaitan perniagaan diusahakan itu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus memajukannya.
"Perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah dan saya membuat pilihan yang tepat selepas berdepan dengan masalah pendengaran pada telinga kiri.
"Ketika itu saya diserang demam panas dan memberi masalah kepada gegendang telinga sehingga menyebabkan saya dirawat selama enam bulan di sebuah hospital swasta,” katanya. Tambahnya, sebagai usahawan, beliau sentiasa memastikan jenama dan produk dihasilkan berkualiti agar perniagaan diusahakan kekal dalam pasaran.
"Saya mempunyai central kitchen di Kelana Jaya dan menghasilkan sendiri sos untuk pisang. Saya juga menggunakan keju yang diimport dari New Zealand dan Itali.
"Hasrat utama saya mahu memastikan pisang goreng tempatan ke peringkat global, sekali gus membantu usahawan muda lain yang berminat untuk berniaga,” katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.